ADS 468x60

Jumaat, 19 Ogos 2011

Iftor Amal UIA PJ

Setelah sekian lama Blog ini berpuasa, akhirnya tibalah masanya untuk blog ini berbuka puasa. Tanggal 17 Ogos 2011 Amal UIA PJ menerusi pimpinan-pimpinan baru telah menganjurkan satu majlis iftor sesama ahli amal. Majlis ni tak lain tak bukan untuk mengeratkan ukhuwwah fillah yang InsyaALLAH semakin utuh. Program bermula dengan bacaan mathurat oleh saudara Abang Aiman yang kebetulan berada di lokasi.


Sebelum terlupa, Master of ceremony dihandle oleh sheikhul ustaz fitri yang sering tersipu malu...


Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan siapa lagi kalau bukan tuan pengarah..MasyaALLAH tuan pengarah program kali ini sungguh berkaliber lebih dari Tan Sri Anuar Musa agaknya..

Lama-kelamaan pengunjung bertambah ramai, mungkin disebabkan oleh aura suara tuan pengarah atau mungkin tidak..hanya Allah yang tahu..majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Amal yang baru iaitu saudara Abdul Azim bin Zakaria..


Pengerusi Amal

Setelah panjang lebar Pengerusi Amal baru kita ni berucap, tunggu punya tunggu akhirnya pengerusi memberikan peluang juga kepada mantan Pengerusi Amal untuk berucap iaitu tak lain tak bukan 'Abang Hasif '..Alhamdulillah dengan tasyji' dan kata-kata hikmahnya, ianya telah sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada semua ahli amal..fuh..

ucapan mantan Pengerusi Amal

Disebabkan terlalu penat bercerita panjang,dengan ini petikan ini akan diringkaskan..hmm..selepas habis segala ucapan dan celoteh, majlis diteruskan dengan sesi taarruf sesama muslimin dan sesama muslimat..Alhamdulillah, semua dapat bertaarruf dengan baik sekali. Nampak macam kenal, tapi sebenarnya tak kenal. Itu lah antara objektif iftor amal ini dibuat iaitu untuk saling mengenali antara satu sama lain. Apabila tibanya waktu solat maghrib, kami semua berbuka puasa macam biasa tapi agak berbeza..sebabnya ada kueh
instead of kurma .. :) Majlis diteruskan dengan solat maghrib dan kemudiannya barulah sesama menjamah penangan Ali Bistro..lauknya ayam madu..(mampukah ayam bermadu?)


Berikut antara gambar-gambar selingan dalam majlis..


Jejaka-jejaka Amal


0 komen:

Catat Ulasan