ADS 468x60

Tentang




Blog Amal Maahad UIA PJ ini ditubuhkan bagi students UIA PJ khususnya dan juga ex-students. Ini merangkumi Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, dan juga Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan

A.M.A.L merupakan akronim kepada Persatuan Alumni Maahad Muhammadi negeri Kelantan. A.M.A.L adalah pada asalnya singkatan kepada Alumni Maahad Muhammadi Lilbanin / Lelaki. Namun, setelah digabungkan dengan MMP dan MMPP, A.M.A.L masih lagi dikekalkan berdasarkan singkatan ‘L’ boleh juga digunakan untuk Lilbanat.

Selain itu, maksud A.M.A.L itu sendiri ialah cita-cita dalam bahasa Arab. A.M.A.L mempunyai maksud yang sangat dalam jika dihayati dengan sepenuh hati. A.M.A.L bermaksud suatu cita-cita untuk menyatukan generasi Maahad dalam kesinambungan ukhuwwah yang berterusan, di bawah naungan Islam yang syumul, berpaksikan penerusan dakwah dan tarbiyyah yang tiada noktahnya, insyaALLAH.

A.M.A.L digerakkan oleh beberapa lajnah iaitu Lajnah Informasi, Lajnah Kampus, Lajnah Aktiviti, dan Lajnah Ekonomi.

A.M.A.L dimantapkan dengan pelbagai aktiviti dan program untuk adik-adik pelajar Maahad dan beberapa generasi alumni. Sehingga pertengahan tahun 2004, cadangan supaya mendaftar A.M.A.L sebagai Badan Bukan Kerajaan – Non-Government Organisation (NGO) diterima dan dibahaskan. Pelbagai usaha dan perbincangan demi perbincangan dilakukan untuk memantapkan A.M.A.L sebelum didaftarkan sebagai NGO.

Sehingga pada April 2005, permohonan A.M.A.L telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan - Registration of Society (ROS). InsyaALLAH dalam tempoh sebulan ini A.M.A.L akan dinaik taraf sebagai NGO berdaftar. Dengan ini, banyak perkara akan dapat dipertingkat dan diperkemas sekaligus menyebarluaskan lagi A.M.A.L kepada alumni Maahad bukan sahaja di Malaysia bahkan yang berada di seluruh dunia.

Sehingga sekarang A.M.A.L boleh dikatakan telah wujud di semua kampus di Malaysia (yang ada alumni Maahad), dari matrikulasi sehingga ke kampus induk dan swasta. Malah telah diketahui kewujudannya di Al-Azhar Mesir, Queens University Belfast United Kingdom, universiti di Jepun, Jerman, Russia, Jordan, Ukraine, Damsyiq, Madinah, Indonesia dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sumbangnya mereka dalam A.M.A.L masih belum terserlah disebabkan keahliannya yang sedikit. Saya berharap supaya A.M.A.L terus mengorak langkah memperkasa gerakannya, menjadi wadah kesinambungan ukhuwwah generasi Maahad secara lebih efektif ke arah membina kesatuan generasi rabbani dalam menggapai visi dan misi yang dihajati.

Mudah-mudahan, A.M.A.L secara tidak langsung menjadi suatu tambatan akhirat, yakni pusat pelaburan saham akhirat kepada kita semua generasi Maahad dalam berganding bahu menyampaikan seruan Islam kepada seluruh masyarakat khususnya di Malaysia tercinta. Semoga sinar Islam kembali gemilang dan berada di puncak keagungannya yang sebenar.

WALLAHUA'LAM...

UCAPAN RASMI DARI PENGERUSI AMAL

~Saudara Wan Muhammad Ruzaimin~






KEAHLIAN A.M.A.L : Sesiapa sahaja yang pernah belajar di Maahad Muhammadi (MML,MMP,MMPPP) walaupun hanya tiga bulan dan beragama Islam.