ADS 468x60

Ahad, 26 Disember 2010

Maal Hijrah

Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis..semua ini adalah hari yang senantiasa berlalu di sekeliling kita. Ape yang pelik sangat dengan Muharram ini? Saya sengaja mengambil nama Bulan ini utk dijadikan nama sempena Edisi Muharram. Bukan ape, tidak ada yg special..cuma saya ingin ambilnya sebagai batu loncatan ataupun bahasa sekarang iaitu anjakan paradigma bagi kita semua untuk berubah daripada buruk kepada baik. Ini merangkumi semua bahagian yakni semangat study, beribadah, dan juga riadah...Semua ini adalah baik-baik belaka. Tapi, ingatlah ruhul jadid ( semangat baru ) hendaklah diupdate 5x sehari iaitu pada waktu-waktu solat sebagaimana mafhum ayat daripada doa iftitah :

Sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam.

Kalau di tahun baru Masehi kebiasaannya disambut dengan bungai api, pesta-pesta maksiat, berkumpulnya lelaki dan perempuan sambil menunggu jam 12 Malam. Ape kes? Tapi di bulan Muharram ni Allah telah memberi special gift bg org yang mahu melaksanakan puasa pada bulan Muharram :

"Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Muharam, sedang salat yang paling afdal sesudah salat fardu adalah salat malam." (HR Muslim).

Apakah hikmah disebalik Maal Hijrah ini? Setiap memasuki tahun baru Islam, kita hendaklah memiliki semangat baru untuk merancang kehidupan kita kearah yang lebih baik. Bila hari ini sama dengan kelmarin, bererti orang itu rugi, dan jika hari ini lebih buruk daripada kelmarin, org itu adalah celaka. Oleh itu, marilah sama-sama kita berazam daripada seburuk-buruk perangai kepada sebaik-baik akhlak. Sesungguhnya allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah terlebih dahulu.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Q.S Al Hasyr[59]: 18)

Sempena Muharram ( Maal Hijrah ), rancanglah hidup anda di kampus agar lebih baik dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya

lebih gah, lebih optimis, lebih beramal dan dakwah...

Semoga bermanfaat.

Isnin, 29 November 2010

BULETIN AMAL SESI 2010/2011

BULETIN AMAL


updated on 3 Disember 2010 dekat bahagian penghantaran artikel daripada kolumnis.

Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya AMAL PJ sesi 2010/2011 ini akan menerbitkan naskah Buletin Amal yang bertemakan MUHARRAM. Buletin Amal ini akan direleasekan bagi berkongsi ilmu sesama ahli AMAL daripada batch-batch yang lepas dan seterusnya. Antara yang akan dimuatkan adalah ruangan agama, motivasi, dan aktiviti-aktiviti AMAL. Diharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk menyiapkan secepat mungkin Buletin Amal ini supaya kita dapat mengambil manfaat dan faedah daripadanya.


EKSEKUTIF :  MOHAMMAD HASEEF BIN IZANI
KONSULTAN SYARIAH : KAMAL KHAIRI
KETUA EDITOR : WAN MUHAMMAD ATIF BIN WAN AZMI
TIMB. EDITOR : NADA AZMIN

EDITOR : Buletin AMAL kali ini akan dibahagikan kepada beberapa kolumn. Setiap kolumn akan diserahkan kepada Kolumnis yang terdiri daripada Ahli AMAL sendiri.

RUANGAN EDITOR :

1.1) Pengenalan
1.2 ) Fardhu Ain
2 ) Fiqh Wal Sunnah
3 ) Isu Semasa
4 ) Kampus
5 ) Sirah Nabi
6 ) Motivasi
7) IT

PERINCIAN GERAK KERJA KOLUMNIS :


1.1) Pengenalan - Wan Atif
1.2 ) Fardhu Ain - Wan Atif
2.1 ) Feqh - Kamal Khairi
2.2) Tauhid - Hasif
3 ) Isu Semasa - Khairul Nazwan
4 ) Kampus - Nurul Huda
5 ) Sirah Nabi-nabi - Fathi Sidqi
6 ) Motivasi - Wan Masyitah
7 ) IT - Ahmad Farhan


KOLUMN-KOLUMN YANG LAIN :

Komik- Ahmad Husaini
Peribahasa / Kata2 hukamak


TUGAS-TUGAS KOLUMNIS :

-Kolumnis dikehendaki utk menyiapkan satu artikel bagi ruangan kolumn masing-masing.
-Artikel bolehlah dinukilkan sendiri atau disunting daripada mana-mana artikel. Ingat, sila sertakan sumber daripada mana anda mengambilnya.
-Dateline bagi semua artikel adalah pada 27 Disember 2010.
-Kolumnis boleh meminta pertolongan ahli-ahli AMAL yg lain kerana kami mengutamakan polisi "Bekerjasama Memudahkan Kerja".

CONTOH-CONTOH ARTIKEL :

Kolumnis disarankan utk merujuk bahan-bahan ini dalam menerbitkan artikel :

-ILUVISLAM
-Majalah Solusi
-Google Search


LAIN-LAIN

Artikel yang sudah siap bolehlah disubmit ke email berikut :

amal.maahad@yahoo.com 
atau berhubung terus dengan KETUA EDITOR atau TIMB. EDITOR.

 Artikel yang sudah disubmit kepada BULETIN AMAL :

2.1 ) Feqh - Kamal Khairi
3 ) Isu Semasa - Khairul Nazwan
1.1) Pengenalan - Wan Atif
1.2 ) Fardhu Ain - Wan Atif
4 ) Kampus - Nurul Huda
7 ) IT - Ahmad Farhan
2.2) Tauhid - Hasif
5 ) Sirah Nabi-nabi - Fathi Sidqi

 Artikel yang belum disubmit kepada BULETIN AMAL :



6 ) Motivasi - Wan Masyitah