ADS 468x60

Khamis, 28 April 2011

Hiburan barat rosakkan jiwa manusia

Oleh Mohd Fadly Samsudin
TIDAK TERKAWAL...apabila hiburan dinikmati secara berlebihan menyebabkan seseorang itu tidak lagi berasa malu melakukan kemungkaran.
TIDAK TERKAWAL…apabila hiburan dinikmati secara berlebihan menyebabkan seseorang itu tidak lagi berasa malu melakukan kemungkaran.
BERDASARKAN kepada laporan yang dikeluarkan The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry, negara Uncle Sam berkenaan menghadapi masalah keganasan kanak-kanak, belia dan remaja disebabkan pengaruh hebat program televisyen.
Jelas sekarang kita sedang berdepan budaya berhibur luar biasa yang boleh menggugat kedudukan umat Islam. Jika dibuat perbandingan, program televisyen berbentuk keagamaan atau pendidikan masih terlalu kecil peratusannya berbanding program hiburan.
Justeru, perlu ada keseimbangan dalam membentuk jiwa dan pemikiran umat Islam agar mereka tidak terus hanyut dalam dunia keseronokan yang ‘dicipta’ musuh Islam.
Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’ ayat 89).
 
Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya supaya tidak meniru budaya orang kafir demi menjaga keperibadian sebagai seorang Muslim.
 
Hiburan melampau ialah menjadikan hidup sentiasa bergelumang dengan keseronokan.
Ia masuk dan mendominasi kehidupan umat Islam secara sedar atau tidak terutama di kalangan remaja. Ke mana hilangnya jati diri remaja Muslim jika hari-hari mereka sentiasa memburu keseronokan dunia?
Mereka lebih berminat dan khayal dalam konsert muzik berentak keras, memuja artis kesayangan secara fanatik, bermain permainan komputer sehingga meninggalkan ibadat wajib serta membiarkan lelaki dan wanita bukan mahram bebas bergaul sesama sendiri.
Islam sebenarnya tidak melarang umatnya berhibur selagi mana ia menurut garis syariat. Namun, kebanyakan hiburan yang disajikan kini melalaikan, boleh mengeraskan hati dan jiwa serta tidak mustahil mampu membangkitkan nafsu berahi.
Hiburan juga tidak hanya terhad kepada konsert semata-mata malah lambakan filem lucah, berjudi, meminum arak, menggunakan bahan terlarang seperti dadah dan pil khayal antara bentuk hiburan cukup berpengaruh kepada umat Islam sekarang.
Dunia tanpa sempadan juga menjadikan hiburan lebih menonjol dan dalam bentuk yang berbeza-beza. Contohnya, ada kalangan masyarakat kita yang ketagihan menonton gambar dan video lucah yang boleh diakses di mana-mana saja tanpa sekatan.
Hiburan yang patut dinikmati ialah bertujuan menghiburkan untuk mententeramkan jiwa. Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.
Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya daripada pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan. Maka mereka mencari jalan untuk menggembirakan diri dengan hiburan.
Semua itu agenda Yahudi bagi merosakkan akhlak umat Islam. Paling ditakuti, jika matlamat mereka itu tidak disekat maka ia pasti mengakibatkan akidah umat Islam terjejas teruk.
Memang tidak dapat disang kal, isu keruntuhan moral dalam masyarakat kita seperti seks bebas, pembuangan dan pembunuhan bayi luar nikah adalah berpunca daripada hiburan yang tidak terkawal.
Bagi remaja yang bermasalah seperti itu, mereka pasti ‘tempang’ dari segala sudut termasuk pendidikan, akhlak, hubungan dengan masyarakat sekeliling, malah hubungan mereka dengan ibu bapa sendiri juga bermasalah.
Mana mungkin mereka berupaya menjadi teladan kepada adik-beradik lain jika mereka terjebak dengan masalah sosial. Tentu sekali luluh sama sekali perasaan ibu bapa jika mendapati anak gagal dalam kehidupan mereka.
Bolehlah dirumuskan, jika hiburan diangkat ke tahap melampau pasti ia membawa kesan buruk kepada pembentukan keluarga, masyarakat dan negara.
Malah, keruntuhan keba nyakan tamadun Islam pada zaman dulu juga berpunca daripada amalan berhibur secara melampau.
Keruntuhan Khalifah Abbasiyyah contohnya bertitik tolak daripada amalan gaya hidup suka berfoya-foya dan mewah.
Oleh itu, kemuncak ketena ngan hati ialah dengan mengi ngati Allah s.w.t. Allah berfirman dalam surah Al-Ra’d, ayat 28, yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (banyak mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, maka tenang tenteramlah hati manusia.”
Segala bentuk hiburan perlu membawa mesej mendidik serta menyedarkan masyarakat. Amalan mungkar dan ditegah agama seperti membuat fitnah, menjatuhkan maruah individu lain, permusuhan serta perbuatan maksiat wajib dihindarkan.
Islam jelas memisahkan antara perkara halal dan haram. Hiburan yang diketengahkan Barat sebenarnya sarat dengan adegan ganas, gila kuasa, arak, mengeksploitasi wanita serta imej lelaki samseng yang ternyata jauh menyimpang daripada peradaban manusia.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan dan sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik orang-orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am ayat 32)
Semua paparan itu dijadikan ‘alat tersembunyi’ untuk menyelinap secara halus dalam misi menghanyutkan umat Islam. Manakala hiburan dalam Islam adalah sederhana, terkawal, positif dan mempunyai proses tarbiah kepada umatnya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menang gung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak menguranginya sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka”. (Hadis riwayat Muslim Abu Daud dan Tirmizi)
Dalam ruang lingkup yang lebih luas, hiburan Islam itu mampu mencapai kepuasan, ketenangan selain dapat mencegah diri daripada melakukan perkara mungkar.
Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata jika dirujuk kepada hadis berkenaan peristiwa akhir zaman, secara jelas Rasulullah s.a.w menyebut berkenaan gaya hidup generasi kini.
“Baginda menjelaskan bagaimana agama diketepikan sebagai nilai asas dalam kehidupan. Bahkan kita boleh rumuskan daripada hadis berkenaan bahawa manusia akhir zaman akan menjalani kehidupan yang bertentangan dengan nilai fitrah mereka sendiri.
“Dalam konteks hiburan pula, Baginda dengan jelas menggambarkan bagaimana golongan penghibur akan di agung-agungkan bahkan menjadi ikutan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata Islam sama sekali tidak menghalang umatnya berhibur kerana secara fitrahnya ia menjadi satu keperluan bagi setiap individu.
“Ketenangan jiwa itu perlu untuk menjadikan mereka manusia sempurna. Maka, hiburan yang dibenarkan secara asasnya mestilah membawa kepada ketenangan jiwa.
“Bukan menjadikan jiwa bertambah kacau. Ia mestilah tidak melalaikan manusia daripada realiti kehidupannya kerana Islam mahu manusia memberi fokus sepenuhnya kepada tindakan yang dilakukan.
“Segala tingkah laku dalam hiburan itu mestilah berada dalam lingkungan syarak tanpa membabitkan unsur haram,” katanya.
Rahimi berkata amalan atau aktiviti hiburan mestilah dikawal dengan ketat selain tidak pertimbangkan nilai komersial semata-mata sehingga memandang ringan kesan sosial terhadap aktiviti hiburan yang dijalankan.
“Hakikatnya, dunia hiburan memberikan keuntungan kepada golongan kapitalis tertentu. Ia perlu didedahkan kepada masyarakat khususnya generasi muda.
“Kita perlu bertindak menyediakan bentuk hiburan alternatif yang selaras dengan kehendak Islam. Kita tidak mampu menghalang secara keseluruhan hiburan dibawa daripada barat, tetapi perlu menyediakan alternatif yang mampu menarik perhatian masyarakat,” katanya.
Beliau berkata kawalan pada ruang yang mampu kita laksanakan juga perlu dilakukan supaya dapat menyekat impak negatif daripada hiburan sedia ada.
“Kita bimbang bala Allah akan menimpa kehidupan masyarakat kita sama ada bala itu dalam bentuk yang boleh kita nampak atau tidak nampak.
“Jika tidak dikawal, dibimbangi masyarakat akan menjadi rosak asasnya manakala masa depan mereka juga sangat kabur kerana generasi yang bakal memimpin masa depan mulai hanyut dalam dunia hiburan tanpa batasan,” katanya

sumber : albakriah
Kufur itu mempunyai 4 TIANG
TAKABBUR menghalang dari TUNDUK PATUH
HASAD menghalang dari menerima NASIHAT dan TEGURAN
MARAH menghalang KEADILAN
SHAHWAT menghalang diri meluangkan masa untk BERIBADAH

-IBNUQAYYIM AL-JAUZY-

Jumaat, 22 April 2011

Ingat mati lahirkan sifat terpuji

Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
KEHIDUPAN manusia di dunia sentiasa diwarnai aneka versi hati. Tidak kurang yang membiarkan hati diserang virus penyakit sehingga menggelapkan sekali gus menjerumuskan diri dalam dominasi sifat mazmumah.
Islam menegah umatnya bersifat iri hati, berdengki, suka khianat, bercakap bohong dan berdendam. Semua sifat keji itu tidak harus menyelubungi lubuk hati. Jadi, bagaimana kita dapat merawat hati sedemikian?
Banyak kaedah digariskan Islam dalam menangani hati berpenyakit, antara yang terbaik dan sepatutnya kita selalu amalkan ialah mengingati mati. Inilah terapi agung yang boleh memulihara hati daripada gelap dan kotor kepada hati suci bersih.
Mengingati mati bermakna kita ingat akan untung nasib di akhirat. Menyentuh hal ini, Imam As-Syafie ada berpesan: “Perbanyakkanlah menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal keduniaan, perbanyakkanlah menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.”
Khalifah Umar Abdul Aziz ada berpesan yang baik untuk kita jadikan panduan dalam melalui kehidupan dunia dengan banyak mengingati hari mati.
Katanya: “Dunia bukanlah kediaman abadi kalian. Allah telah menetapkan dunia sebagai alam yang fana, Allah juga telah menetapkan kesukaran kepada penghuni dunia selama hidup di dunia. Berapa banyakkah bangunan yang baru dibina sudah hancur? Berapa banyakkah orang yang hidup mewah dan kemudian hidup melarat? Kaum muslimin yang dimuliakan Allah, persiapkanlah bekalan kalian untuk mengharungi perjalanan untuk menuju akhirat. Bekalan yang terbaik adalah ketakwaan. Dunia hanyalah persinggahan sementara bagi manusia. Seseorang mukmin itu seharusnya memiliki salah satu daripada dua keadaan, iaitu pertama, bersikap seperti orang asing yang tinggal di negeri asing dan impiannya adalah untuk pulang ke negeri asalnya. Kedua, bersikap seperti seorang musafir yang tiada tempat tinggal tetap, siang dan malam baginya adalah perjalanan menuju ke kampung halaman.”
Panjang dan padat khutbah Umar Abdul Aziz itu, tetapi tersurat dan tersirat makna yang boleh menjernihkan mata hati kita menyusuri alam kehidupan di dunia ini.


Begitu juga pesanan tokoh ulama silam, Abdullah bin Dawud yang mengatakan: “Apabila ada di antara kaum Salaf sudah menjangkau umur 40 tahun, ia mulai ‘melipat tilam’ iaitu tidak akan tidur sepanjang malam. Mereka selalu menunaikan solat, bertasbih dan beristighfar serta mengejar segala perkara yang tertinggal pada umur sebelumnya dengan amalan kebaikan pada hari sesudahnya.”
Inilah contoh golongan mukmin yang sentiasa mengingati hari kematiannya dan selalu takut berakhirnya hayat di badan dengan kekurangan amal ibadah serta amalan kebajikan.
Mukmin yang hatinya sentiasa mengingati kematian sudah tentu akan mengisi agenda kehidupan dengan bermuhasabah diri untuk meninjau segala dosa serta kecacatan pernah dilakukan. Hati mereka tentu sekali akan dipaut untuk melakukan transformasi ke arah sifat mahmudah dan sentiasa menyukai kebaikan.
Abu Hazim Salamah bin Dinar ada berpesan: “Kekayaan menuju akhirat amat sedikit. Oleh itu, perbanyakkanlah kekayaan itu apabila ia semakin berkurangan dan terhakis kerana suatu hari nanti kita tidak lagi memiliki kekayaan itu walaupun hanya sedikit, apatah lagi banyak.”
Setiap hari berlalu bermakna hari kematian semakin menghampiri. Jika kehidupan kita masih tidak berubah ke arah kebaikan bermakna kita mempunyai petanda lupakan kematian dan lupakan alam akhirat.
Dalam hal ini, ada baiknya kita hayati mutiara kata Yahya bin Muadz: “Sesungguhnya aku hairan melihat orang yang bersedih kerana hartanya berkurangan, tetapi tidak bersedih apabila umurnya berkurangan.”
Dalam satu khutbah, Umar Abdul Aziz dalam keadaan sebak dan menangis ada mengatakan kepada rakyatnya: “Wahai kaum muslimin. Sesungguhnya kalian diciptakan untuk suatu urusan. Jika kalian mempercayainya bererti kalian bebal. Jika kalian mendustakannya bererti kalian binasa. Kalian diciptakan untuk suatu keabadian, namun berpindah daripada suatu alam ke alam lain. Wahai hamba Allah.
Kalian kini berada di alam yang mana makanan kalian boleh menyebabkan kalian tersedak dan minuman kalian boleh menyebabkan kalian kembung. Tidak ada nikmat murni yang menggembirakan hati, kecuali ketika kenikmatan itu pergi akan menyebabkan hati tidak tenang. Maka beramallah sesuai dengan tuntutan takdir untuk menuju ke alam keabadian.”
Demikian peringatan dan pesanan tokoh ilmuwan Islam dulu berkenaan pentingnya menjalani kehidupan di dunia dengan membawa bekal untuk akhirat. Sekali gus memberi makna bahawa kita seharusnya sentiasa ingat kepada saat kematian.

Tidaklah dengan mengingati mati kecuali menenangkan hati
sumber : albakriah

Selasa, 19 April 2011

Jangan Bunuh Hudhud Itu


“Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Apakah dia termasuk di kalangan mereka yang ponteng?” Sulaiman ‘alayhi al-salaam bertanya.
Pemeriksaan hari itu, begitu teliti dilakukannya.
Kerajaannya besar. Bukan setakat kerajaan manusia di Timur dan Barat, malah menakluki segala haiwan hingga ke komuniti Jin.
Namun Sulaiman tidak hilang pemerhatian. Tidak hilang kawalan. Baginda tahu siapa yang ada dan siapa yang tiada.
Ketidak hadiran Hudhud menimbulkan murka Sulaiman.
“Sesungguhnya aku pasti akan menghukum Hudhud itu dengan hukuman yang keras, malah aku tidak teragak-agak untuk menyembelihnya sahaja!” begitu sekali kemarahan Baginda.
Ia menggambarkan prihatian dan tegasnya Sulaiman dalam menjaga kabinet, tenaga kerja dan seluruh jentera kerajaannya. Pemimpin yang tidak meremehkan sesiapa, biar pun kakitangannya itu hanya si burung Hudhud.
“Kecuali jika Hudhud mendatangkan penjelasan yang konkrit!” Sulaiman memberi penegasan.
Tegasnya bukan sampai buta dari pertimbangan. Biar pun murka, ruang penjelasan sentiasa ada.
Kisah ini merupakan petikan firman Allah di dalam al-Quran, Surah al-Naml berkenaan Nabi Sulaiman ‘alayhi al-Salaam sebagai pemimpin kerajaannya.
“Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir. Burung Hudhud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari Negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya” [Surah al-Naml 27: 20-23]
PERANAN HUDHUD
Kisah di dalam al-Quran bukan bedtime story. Ia datang dengan ‘ibrah yang besar.
Hudhud di dalam kisah ini tidak seharusnya mencerminkan fenomena tasayyub yang boleh berlaku di dalam gerakan Islam. Gejala ‘hilang kawalan’ dan pandai-pandai sendiri dalam melakukan gerak kerja hingga tidak bergerak selari dengan dasar dan matlamat gerakan Islam, tidak harus bersandarkan kepada kisah ini.
Hudhud tidak lari daripada tujuan dan disiplin gerak kerja sebuah gerakan. Tetapi apa yang hendak ditonjolkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam ayat ini adalah sifat penting yang mesti wujud di dalam diri amilin gerakan Islam yang diwakili oleh Hudhud tersebut. Sifat yang dimaksudkan itu adalah kepekaan amilin terhadap peluang-peluang yang wujud di sekitarnya, yang mungkin tidak disedari oleh sebuah gerakan yang sudah mempunyai SOP rutinnya.
Sulaiman alayhi al-Salaam yang kekuatan serta kemampuan Baginda menguasai komuniti manusia, haiwan dan jin, tetap diperlihatkan oleh Allah betapa masih ada perkara yang berlaku di luar pengetahuannya. Dengan kemudahan dan kemahiran, maklumat masih sesuatu yang terlalu luas untuk dikuasai.
Inilah intipati penjelasan yang dikemukakan oleh Hudhud.
“Ada benda yang pengetahuan tuan tidak sampai kepadanya” kata Hudhud.
Hudhud tahu apa yang dilakukannya. Sebelum menjelaskan apa yang mahu dijelaskan, Hudhud terlebih dahulu menyediakan Sulaiman untuk menghargai apa yang bakal diterangkan.
“Aku baru pulang dari Negeri Saba’ dengan sebuah Naba’” tegas Hudhud.
Kisah yang dibawa bukan sebarang cerita. Bukan kisah kosong. Ia adalah sebuah Naba’, yakni berita penting yang perlu diketahui oleh Sulaiman.
TELADAN BUAT DA’I DAN MURABBI
Seorang da’i mesti mempunyai inisiatif positif pada mencari kebaikan. Ke mana atau di mana sahaja beliau berada, biar pun atas nama kerja dan urusan peribadi, matanya tidak harus alpa daripada membaca peluang-peluang dakwah di sekitarnya. Ruang-ruang seperti ini sering berada di luar cakupan jentera dakwah, justeru perlu dimanfaatkan mata peninjau yang berada di mana-mana.
Ia perlu berlaku tanpa menunggu arahan khusus.
Hal ini harus timbul daripada kesedaran dakwah yang tidak terikat dengan masa dan kelapangan da’i. Pengurusannya mungkin separuh masa, tetapi komitmennya sepenuh masa.
Gerakan Islam juga perlu akur bahawa bukan semua perkara mampu direncanakannya hatta ada sahaja perkara penting yang tercicir daripada keupayaan dirinya. Sulaiman alayhi al-Salaam yang merupakan seorang Rasul penerima wahyu, dan dikuatkan lagi dengan kemahirannya yang dikurniakan Allah, masih berhajatkan kepada sumbangan jentera kecilnya bernama Hudhud yang bersikap proaktif meninjau sesuatu yang berada di luar lingkungan ketuanya.
MENGHARGAI SUMBANGAN HUDHUD
Saeed Hawwa rahimahullah di dalam siri wacana Jundullah beliau, menegaskan tentang wujudnya dua bentuk penggabungan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam.
Penggabungan yang pertama disebut sebagai al-Intimaa’ al-Tandheemi (الإنتماء التنظيمي). Ia merupakan penggabungan formal mereka yang tidak lagi bertindak sebagai penyokong, tetapi mengambil kemuliaan menjadi pendukung. Kelompok ini mesti berkualiti kerana integriti serta kompetensi mereka memberikan kesan langsung kepada perjalanan dan perkembangan gerakan yang didukungnya.
Penggabungan yang kedua, disebut sebagai al-Intimaa’ al-’Aatifee (الإنتماء العاطفي). Penggabungan yang lebih berbentuk kebersamaan sokongan dan emosi ini, memerlukan kepada keluasan jiwa kepimpinan gerakan Islam untuk melihatnya sebagai sebuah penggabungan. Berbicara secara realistik, penggabungan kedua ini sering lebih besar saiznya berbanding dengan kelompok yang bergabung dengan penggabungan pertama. Atas apa sahaja sebab yang tidak menjadi persoalan di sini, di luar sana ada ramai penyokong atau kelompok yang simpati kepada gerakan Islam. Mereka berada di mana-mana. Berjawatan rendah berjawatan tinggi, malah berada di balik tembok-tembok yang sukar sekali untuk ditembusi oleh sebuah gerakan.
Namun mereka mungkin seperti Hudhud.
Si kecil yang membawa berita besar.
Gerakan Islam mesti menjiwai pembawaan Sulaiman yang amat tegas dalam menekankan disiplin kerja, tetapi cukup rendah jiwa dan diri untuk membuka ruang penjelasan dan pengambilan manfaat hasil tinjaun proaktif si burung Hudhud.
Hari ini, Hudhud itu mungkin orang dalam, mungkin orang luar.
Mereka itu bermaklumat. Resourceful. Mereka membekalkan pelbagai maklumat. Membekalkan statistik. Membekalkan hasil tinjauan. Semuanya untuk mengkayakan Gerakan Islam dengan Naba’di era Perang Maklumat ini.
Hudhud bukan HANYA HUDHUD. Tanpa Hudhud, Kerajaan Sulaiman tidak mencecah Saba’ dan penyatuan Makkah dan Palestin tidak berlaku.
Jangan semata-mata dek sarang Hudhud alamatnya tidak bercawangan seperti cawanganmu atau tidak berkawasan seperti kawasanmu, kamu bunuh Hudhud itu!
Bacaan lanjut:
  1. Seri Taujihat Pekanan Kader PKS Jilid 1
  2. Jundullah Takhteetan oleh Saeed Hawwa

Isnin, 18 April 2011

Hidayah - Hijjaz

Sabtu, 16 April 2011

Ucap salam dan berjabat tangan digalakkan agama

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Kalangan sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Nabi bersabda: Sebarkanlah salam dalam kalangan kamu.” (Hadis riwayat Muslim).
Selain itu, ucapan salam disertai perbuatan berjabat tangan juga sunnah yang dituntut. Walaupun begitu, ia masih tertakluk kepada hukum bersentuhan antara bukan mahram yang perlu dipelihara.
Amalan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabi seakan menjadi perkara biasa walhal ia perbuatan dosa yang semestinya dijauhi. Justeru, jangan mudah menghulurkan tangan untuk berjabat dengan sesiapa saja kecuali selepas dipastikan segala ketetapan agama dipatuhi sepenuhnya.
Ataupun, jika terdesak untuk berjabat tangan berusahalah mengelak dengan cara bijaksana tanpa menjatuhkan maruah dan kehormatan orang lain.
Adapun perbuatan saling berpelukan dan berciuman ketika bertemu adalah diharuskan terutama apabila seseorang pulang daripada musafir seperti ketika menyambut kepulangan jemaah haji.
Perbuatan berdiri untuk mengagungkan seseorang yang lain juga adalah tidak disukai Nabi Muhammad. Justeru, sahabat tidak berdiri apabila melihat Baginda.
Bagaimanakah ucapan salam yang sebenar-benarnya disyariatkan. Diriwayatkan, bertandang seorang lelaki kepada Rasulullah seraya mengucapkan ‘Assalamualaikum’. Nabi bersabda: Sepuluh kebaikan. Kemudian datang yang lain sambil mengucapkan ‘Assalamualaikum warahmatullah’. Nabi bersabda: Dua puluh kebaikan. Kemudian datang yang lain dan mengucapkan ‘Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’. Baginda bersabda: Tiga puluh kebaikan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Disebabkan hebatnya ucapan salam dan pahala disediakan untuknya, umat Islam diseru tidak lagi memandang remeh amalan baik mengucapkan salam ketika bertemu dengan saudaranya.
Diriwayatkan, sekelompok orang Yahudi datang menemui Rasulullah sambil mengucapkan ‘Assaamu alaikum’ yang bermaksud racun untuk kamu. Lalu dijawab Nabi: ‘Alaikum’. Saidatina Aisyah kemudian menambah lagi: Bahkan racun dan laknat buat kamu.”
Nabi kemudian bersabda lagi: “Wahai Aisyah sesungguhnya Allah mencintai kelembutan dalam segala hal. Aisyah membalas, apakah Tuan tidak mendengar apa yang mereka ucapkan. Nabi menjawab lagi sambil berkata: “Aku telah membalasnya dengan mengucapkan ‘alaikum’ yang bermaksud untuk kamu juga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Marilah kita mempraktikkan amalan salam dan menyebarluaskan amalan itu dalam kehidupan seharian supaya umat Islam akan sentiasa dilindungi dan dirahmati kerana kita saling mendoakan antara satu sama lain.

sumber : al bakriah

Khamis, 14 April 2011

All the best to all CFS student for your mid examination ^^v

Selasa, 12 April 2011

Ikatan ukhuwwah tunjang kekuatan ummah

t2.gstaticMEMBINA silaturrahim bukanlah sekadar mengucap salam kepada sesiapa sahaja yang kita temui. Ia juga tidak semudah kita berkirim salam kepada teman yang sudah lama tidak bertemu. Ukhwah di bawah bumbung agama adalah kurniaan Allah SWT kepada setiap individu Muslim tanpa mengira pangkat dan darjat. Kemanisannya hanya dapat dirasai oleh orang yang ikhlas melengkapkan kehidupan sesama manusia setelah menyempurnakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan terhadap Allah SWT.


Penulis merasai indahnya ukhwah sejak tinggal jauh dari tanah air, keluarga, kerabat dan sahabat. Meskipun tidak dapat bersua, rasa kasih dan sayang semakin mendalam kerana inilah masanya kita mengimbau segala kebaikan dan keseronokan yang dilalui sepanjang berada dekat dengan mereka. Apabila berjauhan juga, doa dan ingatan sentiasa dikirim kerana itulah yang juga mengubat rindu.


Hari ini, jalinan ukhwah menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai medium untuk meneguhkan ikatan silaturrahim. Malah, hubungan yang jauh boleh didekatkan dengan kemudahan teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan tersebut. Ia memudahkan kita membina hubungan persahabatan serta meneguhkannya dengan sifat belas kasihan, saling membantu dan prihatin terhadap keperluan teman. Tanpa memerlukan masa yang panjang dan modal yang banyak, kita boleh bertanya khabar dan tahu perkembangan taulan yang jauh hanya dengan hujung jari. Malah, hubungan yang jauh boleh didekatkan dengan kemudahan teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan tersebut.


Lebih daripada itu, ukhwah adalah tunjang kepada kekuatan ummah sekiranya ia berasaskan takwa dan berlandaskan syariat malah silaturrahim menjauhkan manusia daripada hasad dengki dan fitnah. Ukhwah juga boleh menguatkan hubungan dengan Allah SWT kerana ukhwah boleh menjadikan akhlak manusia lebih baik daripada sebelumnya. Tetapi sekiranya ukhwah menjadi taruhan demi melampiaskan nafsu jahat, ukhwah bukan merenggangkan hubungan dengan Allah tetapi juga memisahkan kasih sayang sesama manusia.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa seorang Muslim itu menjadi saudara seorang Muslim lainnya, kerana itu tidak diperbolehkan seorang Muslim itu menganiaya saudara Muslim yang lainnya. Juga tidak boleh seorang Muslim itu menghina saudara Muslim lainnya. Dan barang siapa memberikan pertolongan yakni memenuhi hajat keperluan saudaranya, maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya dan barangsiapa yang memberikan kemudahan atau memberikan kelapangan bagi kesusahan seorang Muslim, nescaya Allah melapangkan kesusahannya di hari Kiamat.”


Perintah membina silaturrahim adalah bertujuan untuk melancarkan urusan kehidupan manusia kerana manusia tidak boleh hidup sendirian, sebaliknya saling bergantungan dan melengkapkan keperluan masing-masing. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Orang mukmin terhadap orang mukmin yang lainnya, tidak ubah bagaikan sebuah bangunan yang bahagian-bahagian menguatkan satu sama lain.”


Kerana ukhwah melengkapkan keperluan manusia, ia boleh menjadi asas pembinaan sebuah unit g9994masyarakat yang harmoni. Alangkah indahnya sebuah keluarga yang sarat dengan rasa hormat dan kasih sayang dan ia menjadi tunjang perpaduan dalam hubungan manusia yang lebih luas, sekali gus menjadikan umat Islam kuat dan teguh mempertahankan saudara di bawah bumbung agama.


Ukhwah kerana agama tidak mengenal bangsa dan keturunan. Ia juga tidak terbatas kepada hubungan kerabat semata. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 13 bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya.


Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.”


Justeru, tidak salah membina ukhwah dengan sesiapa, semata-mata untuk memperteguhkan hubungan dengan Yang Maha Mencipta. Pilihlah sahabat yang mengingatkan kita sewaktu lupa, menjauhkan kita dari leka serta mengikat kita pada tali-Nya, kerana itulah hikmah bersaudara.


Sumber artikel : http://epondok.wordpress.com/