ADS 468x60

Khamis, 7 April 2011

Bahasa Sudah Mati



Bahasaku jiwa bangsa
telah lama meniti gelombang hidup
dalam lipatan 600 tahun
menjadi tunjang kemelayuan.
Bahasaku kini
semakin tua
dimamah dihakis setiap masa
dalam ketaksuban
bahasa asing
yang pernah memijak
kemelayuan ini.
Bahasaku belum terpinggir
daripada kehitaman
daripada terpelosok di dalam peti
kerana masih ada cahayamu
jika tekad masih terpahat di hati
bahasa itu jiwa kita.
ZAMRI BAHAL
Pontian, Johor


0 komen:

Catat Ulasan