ADS 468x60

Ahad, 28 Oktober 2012

Irji',,,


"Katakanlah kali ini adalah milikNya ALLAH 
yang akan kembali kepadaNya
kapan dan di mana saja
dan berdoalah mohon ampunan
dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan..."

Khamis, 11 Oktober 2012

60,000 pelajar kita ketagih Facebook

Oleh Norakmah Mat Youb
Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial
 


KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).
Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia
Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.
 
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.
 
“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
 
Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.
“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.
 
Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.
 
Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.
 
“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.
 
Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.
 
Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.
 
“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.
 
Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.
 
Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

sumber : epondok.wordpress.com

Rabu, 26 September 2012

Bagaimana Solat Kita?

Selalu kita dengar ustazah/ustaz kita kata "Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran." Tapi betul kah? Namun, sejauh mana solat itu berkesan dalam mencegah seseorang itu daripada melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini? 
Ya, setiap apa yang Allah perintahkan kepada hamba-hambaNya penuh dengan kebaikan. Allah memerintahkan sesuatu hukum untuk dipatuhi oleh manusia bukanlah satu perkara yang sia-sia. Walhal walau perkara itu di anggap kecil, pasti padanya kebaikan dan penuh dengan maksud tersirat. Umpama Allah 'memerintahkan' agar daun gugur ke bumi. Padanya juga ada 'petunjuk' dan 'sebab' yang kita sendiri pun tidak dapat membongkarnya.
Demikianlah dengan solat. Allah memerintahkan kepada kita untuk mengabdikan diri kepadaNya ketika duduk, berdiri, baring dan dalam apa jua keadaan. Pada solat itu terdiri daripada gerakan-gerakan badan- berdiri, rukuk, sujud yang dituruti dengan hati yang memuji kesempurnaan Allah SWT. Setiap kali kita mengangkat takbir, kita mengucapkan pujian kebesaran kepada Allah. Kemudian apabila kita rukuk, sujud, ikhtidal seiring kita memuji dan membesarkan keagungan Allah SWT.
Lantas dengan kehadiran hati yang khusyuk semasa berhadapan dengan Allah SWT memberi kesan kepada hati itu seterusnya memberi kesan kepada anggota-anggota badan yang lain untuk menjauhi maksiat. 
Justeru, dari hatilah bermulanya pencegahan diri daripada melakukan kerosakan di muka bumi Allah. Apabila hati itu penuh dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, maka menzahirkan anggota-anggota badan yang turut 'patuh' pada perintah tuhannya. 
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud;
"Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati"
(Hadis Shahih Bukhari)
Manakala Imam al-Ghazali pun di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan, 
"Hati itu ibarat raja, manakala anggota- (tangan, kaki, mulut, mata dll) itu ibarat rakyatnya. Jika baik raja itu, baik juga rakyatnya. Demikianlah hati, jika hati itu baik maka baiklah seluruh anggotanya"
Solat itu Pencegah Maksiat 
" Setiap hari dia solat, tapi setiap kali itu jugalah dia maksiat" 
" Semalam nampak pak din kat Masjid bersolat, hari ni nampak pula kat kedai nombor"
" Solat tak pernah tinggal, mengumpat pun tak pernah tinggal" 
Mari kita renungkan sama-sama. Mengapa boleh jadi sedemikian rupa? Kita tahu dan yakin solat itu mencegah diri daripada kejahatan dan maksiat. Allah juga telah nyatakan di dalam kitabNya yakni sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri daripa kejahatan dan kemungkaran. Tapi, mengapa masih melakukan maksiat? Mengapa masih berada di 'jalan' yang sama?

Di dalam al-Quran, Surah al-Ma'un ayat 4-5,  Allah menyebut tentang orang-orang yang celaka di dalam solatnya.
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yg solat, (iaitu) orang-orang yang lalai daripada solatnya."
Maksud celaka di sini, solat itu sendiri tidak mendatangkan manfaat kepada dirinya sendiri sekalipun dia melakukan solat. Mereka tergolong di dalam golongan orang-orang yang lalai. Siapakah orang-orang yg lalai? Mereka ialah;
1) Orang-orang yang tidak menghargai serta melalaikan perlaksanaan dan waktu-waktu solat. 
2) Orang yang secara jasadnya sedang melakukan solat, tetapi hatinya tidak fokus/hadir bersama di dalam solatnya.
3) Mereka yang sentiasa melakukan solat tetapi dalam masa yang sama membiarkan dirinya di dalam kebinasaan iaitu dengan melakukan maksiat kepada Allah. Iyya uzubillah~
4) Orang yang terpaksa melakukan solat bukan kerana Allah SWT. Dia melakukan solat dengan niat untuk memperlihatkan amalan solatnya kepada makhluk.
5) Orang yang menunaikan solat semata-mata mengejar kepentingan dunia seperti melakukan solat demi pangkat, jawatan dan gelaran (Alim dan warak) daripada manusia.
Semoga Allah memelihara diri kita daripada tergolong bersama-sama mereka yang lalai. Dan semoga Allah tetapkan langkah kita agar istiqamah di jalanNya, tergolong di kalangan mereka yang mengutamakan solat di awal waktu serta mengutamakan urusan ukhrawi semata-mata mengharap keredhaan Allah SWT.
Muhasabah Solat Kita
Memang secara lisan senang sahaja kita menyebut solatlah dengan khusyuk tetapi untuk melakukannya perlukan mujahadah. Melakukannya terasa payah hatta al-Junaid; seorang sufi agung islam itu mengatakan:
"Kadangkala aku mengandai-andaikan syurga dan kenikmatan ketika mendirikan solat. Kadangkala mengingatkan urusan duniaku saat solat. Kadangkala aku tidak merasa aman ketika mendirikan solat. Kadangkala sepertiga hatiku memikirkan bacaan solat, sepertiga lagi memikirkan perkara sebelum & sesudah solat yang telah dan akan aku kerjakan. Sedangkan sepertiga lagi hatiku dipenuhi keresahan yang aku tidak tahu sebabnya. "
Sedangkan seorang sufi agung sendiri diganggu oleh syaitan ketika mendirikan solat apatah lagi kita yg biasa-biasa sahaja ni? 
Ketahuilah fudhail bin Iyyad memberitahu:
"Sebenarnya fitnah bukanlah engkau diperkatakan sesuatu yg tidak ada pada dirimu. Tetapi, hatimu yang masih dipenuhi kecintaan dan bertuhankan sesuatu selain Allah itulah sebenarnya fitnah keatasmu. "

Kesimpulannya,  marilah kita sama-sama muhasabahkan diri,  melihat kekurangan dan kesalahan kita di dalam solat. Janganlah kita sekadar solat kerana semata-mata mengikut suruhan Allah sahaja. Hayati setiap apa yang kita lafazkan. Tidak perlu untuk faham keseluruhan sekali gus, biar sedikit tetapi berlanjutan. Jika pada awal, mulakan memahami bacaan iftitah di dalam bahasa melayu, kemudian jika telah faham dan ingat, berpindahlah pula ke bacaan yang lain. 
Tiada gunanya kalau kita sekadar membuat rukun solat namun tiada satu pun yang dapat menyentuh hati kita. Justeru, solatlah bersungguh-sungguh dengan menghayati setiap bacaannya . Ketahuilah Allah tidak melihat jenama telekung, jubah atau baju melayu apa yang kita pakai tetapi Allah hanya melihat hati kita dlm kekhusyukan melaksanakn solat.
Wallahu Ta'ala A'lam.
- Artikel iluvislam.com

Sabtu, 10 Mac 2012

None of my Business??





ما دوركم لإخوانكم في سوريا؟ عندكم التسهيلات وآلة الإتصالات ...استخدموا أيديكم لانتشار أحوال وأخبار الأبطال في سوريا ..إنهم الأبطال ونحن الأبطال..


What is ur ROLE towards ur  brotherhood in suriah?? Beside U, and in front of U are bucketloads of communication facilities ..Deploy ur hands now to spread and share crisis of mujahideen in Suriah..Verily they are warriors and we too are Warriors..


"....اطمإنوا أيها الإخوة "
Bertenanglah saudaraku di Syria..



 :: Credit to amal UIA PJ  ::   ^.^

Jumaat, 17 Februari 2012

Ahli Ibadah dan Seorang Perempuan


Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "salah seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israil selalu beribadah kepada Allah di rumah ibadahnya selama 60 tahun."

Syaitan Menggoda


Suatu  ketika, hujan turun dengan lebatnya sehingga bumi menjadi subur menghijau. Kemudian, ahli ibadah itu keluar dari rumah ibadatnya sambil berbisik, "Sekiranya aku turun dari tempatku ini dan memperbanyakkan mengucap zikir tentulah kebaikanku berubah."

Lalu ia turun dari penempatannya dengan membawa satu atau dua keping roti. ketika ia berjalan-jalan, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang perempuan. Lalu ia mulai berbual-bual dengan perempuan tersebut. Akibat terlalu asyik berbual dengan perempuan itu, ahli ibadah tadi diperdaya oleh syaitan menyebabkan ia tertidur lalu berzina dengannya.

Bertemu Peminta Sedekah

Lelaki ahli ibadah itu akhirnya telah pengsan. Kemudian apabila sedar daripada pengsan itu, ia terjun ke tasik berdekatan untuk mandi. Pada masa itu datang seorang peminta sedekah yang melarat, meminta daripadanya sebahagian daripada bekalannya itu. Ahli ibadah itu menghulurkan kepadanya roti yang dibawanya. Kemudian lelaki ahli ibadah itu pun dicabut nyawanya oleh Allah s.w.t.

Ringan-ringakan tangan untuk bersedekah walau buoh timung..
Kerana Sepotong Roti

Pahala amal ahli ibadah yang dikerjakan selama 60 tahun itu ditimbang dengan dosa perbuatan zinanya, ternyata dosa zinanya lebih berat. Kemudian satu atau dua potong roti yang diberikannya kepada peminta sedekah telah ditimbang dengan amal kebaikan lelaki ahli ibadah tersebut. Hasilnya menyebabkan berat amalan kebaikannya bertambah, maka dosa lelaki tersebut diampuni Allah.

~Semoga mendapat ibrah/pengajaran dari cerita ni~ : )

Isnin, 30 Januari 2012

Kena Jetik Sikit..


Begini agaknya Ahmad Ab Aziz tiap2 malam..


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W dalam keadaan berlumuran darah. Melihat keadaannya demikian, Rasulullah bertanyakan puncanya. Rupanya disebabkan terlalu asyik memandang seorang wanita lalu di hadapan, dia terlanggar tembok di depannya. Akibatnya, itulah dia, pulang dalam keadaan berlumuran darah.

Rasulullah S.A.W kemudian bersabda maksudnya : "Jika Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka dia menyegerakan hukuman baginya di dunia."

Rupa-rupanya jika Allah sayangkan seseorang hamba itu, disegerakan baginya hukuman di dunia lagi. Bersyukurlah andai sekali-sekala Azab Allah disegerakan. Bukan semata-mata menghukum sebaliknya sekadar mensucikan dosanya dan hukuman berupa peringatan itu sekadar menjentik secara halus.

Begini agaknya Rafest nanti..( Ada hikmah di sebalik kejadian ) percayalah
Bersyukurlah juga andai dalam mengingatkan insan-insan lain melalui apa jua medium dakwah, kita juga diingatkan ALLAH. Itu tanda Allah sayangkan kita, sayang nak biarkan kita alpa dan lupa terhadap peringatan-Nya. Tetapi awas! boleh jadi juga apabila kita ditimpa ujian, kita langsung tidak merasakan bahawa ia adalah ujian dari ALLAH. Apabila Allah memberi kita ujian, ia bermakna Allah menunggu balasan kasih sayang dari kita.

Pejam mata seketika, rasailah kasih-sayang Allah yang tidak bertepi. Senyumlah. Kemudian kerahlah hati, lisan dan seluruh anggota badan agar membalas kasih sayang-Nya dengan ketaatan.

:: copied from Solusi isu No.40 ::
p/s : ada unsur tokok-tambah ckt..

Isnin, 23 Januari 2012

Malu Tapi Bukan Memalukan

Mari Kita Amati Teladan Ini :

Saidina Umar Al-Khattab r.a telah berpesan dan meminta Aisyah r.a jika beliau mati, minta dikebumikan bersama-sama dengan Nabi s.a.w dan sahabatnya Abu Bakr Al-Siddiq r.a. Kebetulan, kawasan itu sudah dikhaskan untuk Aisyah r.a setelah beliau pula wafat nanti.

Akhirnya Saiditina Aisyah mengizinkan juga kepada Saidina Umar. Setelah lama kemudian, perisitiwa pembunuhan Umar Al-Khattab pun berlaku. Lantas sejurus selepas pengkebumian berlangsung. Saiditina Aisyah bersiap untuk keluar dan ingin berpindah dari kamarnya yang menjadi tempat pengkebumian tersebut. Ditanya kepada beliau mengapa sebelum ini Aisyah tidak berpindah namun selepas Saidina Umar dikebumikan, Aisyah segera berpindah seolah-olah ada sesuatu yang berlaku.

Jawab Saiditina Aisyah r.a dahulu yang ditanam di sini ialah suami dan ayahandanya. Tetapi kini yang ditanam itu adalah Saidina Umar yang bukan mahramnya. Justeru beliau malu jika nanti auratnya terdedah sedangkan jenazah Saidina Umar berada di kamarnya.

SubhanALLAH..Apakah ada sikap malu yang lebih hebat dari teladan yang agung ini? Inilah kemurnian sifat al-Haya' (malu) yang ditunjukkan oleh Saiditina Aisyah mencerminkan kemuncak peribadi seorang wanita yang malu walaupun dengan jenazah yang sudah meninggal dunia.

Siapa yang Paling Malu?


Dalam satu hadis yang diabadikan dalam kitab Riyadh-Salihin karya agung Imam Nawawi- Dari Abi Said al-Khudri r.a berkata : "Bahawasanya Rasulullah s.a.w adalah lebih malu daripada seorang anak dara yang berselindung disebalik tirai rumahnya. Jika baginda s.a.w membenci sesuatu, kami dapat melihatnya menerusi reaksi  air muka Baginda s.a.w. "

Jangan salah anggap, ni adik beradik ...halal punya muamalah :)

Malu tapi bukan Memalukan


Sahabat Sahabiah UIA PJ ana sekalian, cantiknya kisah ini. Bagaimana murninya akhlak dan indahnya malu ini jika diletakkan sesuai dengan tempatnya. Jika Saiditina Aisyah r.a malu hatta dengan sekujur mayat apatah lagi jika manusia yang masih hidup.. :)

Khas buat saudara-saudara ana muslimin dan muslimat yang ana kasihi, inilah mahkota yang perlu digilap dan dijaga. Malulah dalam berakhlah dan bermuamalat, tetapi jika maruah anda dan Islam dicabar, ketika itu beranikanlah diri persis Nusaibah r.a tatkala perang Uhud. Malulah jika teringin melakukan maksiat.Ingatlah  bahawsanya Allah s.w.t sentiasa memerhati dan menilai kita. "Jangan malukan dirimu dengan menanggalkan pakaian taqwa kerana jika taqwa itu terlucut itulah yang sebenarnya memalukan" ^.~

:: disedut dari GenQ isu 06-

Rabu, 18 Januari 2012

Hukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden


Hukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan,
Pertandingan Moden
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
piala dunia?Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms 33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.
Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau ‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.
Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-
1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .
2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.
Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-
* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.
* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat.
* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-
هو كل لعب تردد بين غرم وغنم
Ertinya : "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)
Disebutkan :-
إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء
Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran"  (Al-Mughni, Ibn Qudamah )
Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi :-
1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung iaitu : -
a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani)
b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.
c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.
d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu.
Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.


2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu:-
Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.
Jenis Cabutan Yang Halal
Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )  
Sebagai contoh :
a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Hukum : Ia adalah halal.
b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.
Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.
c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.
Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.
Permainan @ Peraduan Moden
Sebentar tadi kita telah membicarakan perihal cabutan bertuah yang haram dan yang halal. Terdapat beberapa ulama yang cuba menganggap permainan atau pertandingan yang beserta hadiah sebagai 'Wa'd Bi Tabarru' atau janji untuk bersedeqah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasfifikasikannya sebagai aqadmu'awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. ( Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)
Dengan berubahnya klasifikasi ini semua hukum akan berubah bentuknya. Di kesempatan ini saya akan menyentuh dengan ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita, ia seperti berikut :-
1) Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak meletakkan hadiah sebanyak RM200. Siapa menang dia akan memiliki hadiah itu.
Hukum : Para ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak yang mengeluarkan. Fatwa ulama seperti berikut ;-
a- Harus : Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.
b- Haram : Ia adalah pendapat mazhab Maliki kerana wang RM 200 telah keluar dari miliknya dan jika ia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama 'qimar'.
Pendapat yang lebih kuat (rajih) :  adalah pendapat pertama yag mengharuskannya kerana wang RM200 itu adalah miliknya dan pihak kedua tidak terlibat dalam memberi sebarang wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira seperti hadiah biasa sahaja dan bukan judi.
2) Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai hadiahnya.
Para ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai HARAM. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/228 ; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489 ; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami', Ibn Rusyd, hlm 336)

3) Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggan tenis.
Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-
لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر
Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)
Hukum : Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.
Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )   
4) Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan kumpulan yang menang.
Hukum : Ia juga perjudian dan sama bentuknya dengan bentuk nombor tiga di atas.
5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya mereka menggunakan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah.
Hukum : Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab.
Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.
Ada yang bertanya, bagaimana jika semua kumpulan diberi hadiah saguhati?. Jawabnya, ia tetap judi sekiranya pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan sahaja.
Ringkasnya para ulama bersepakat bahawa setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil dari wang itu, semuanya adalah judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.
6)        Membeli surat khabar untuk menyertai pertandingan teka bola dan sebagainya.
Hukum : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwkannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seeprti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu'asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003 )  
Keharusan ini adalah kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat surta khabar, kecualilah jika dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah hanya kerana ingin menyertainya banyak-banyak. Tatkala itu hukum bertukar menjadi haram dan judi.
Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :-

1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan
Semoga artikel ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling akan keterlibatan mereka dalam perjudian tanpa disangka.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman