ADS 468x60

Ahad, 26 Disember 2010

Maal Hijrah

Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis..semua ini adalah hari yang senantiasa berlalu di sekeliling kita. Ape yang pelik sangat dengan Muharram ini? Saya sengaja mengambil nama Bulan ini utk dijadikan nama sempena Edisi Muharram. Bukan ape, tidak ada yg special..cuma saya ingin ambilnya sebagai batu loncatan ataupun bahasa sekarang iaitu anjakan paradigma bagi kita semua untuk berubah daripada buruk kepada baik. Ini merangkumi semua bahagian yakni semangat study, beribadah, dan juga riadah...Semua ini adalah baik-baik belaka. Tapi, ingatlah ruhul jadid ( semangat baru ) hendaklah diupdate 5x sehari iaitu pada waktu-waktu solat sebagaimana mafhum ayat daripada doa iftitah :

Sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam.

Kalau di tahun baru Masehi kebiasaannya disambut dengan bungai api, pesta-pesta maksiat, berkumpulnya lelaki dan perempuan sambil menunggu jam 12 Malam. Ape kes? Tapi di bulan Muharram ni Allah telah memberi special gift bg org yang mahu melaksanakan puasa pada bulan Muharram :

"Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Muharam, sedang salat yang paling afdal sesudah salat fardu adalah salat malam." (HR Muslim).

Apakah hikmah disebalik Maal Hijrah ini? Setiap memasuki tahun baru Islam, kita hendaklah memiliki semangat baru untuk merancang kehidupan kita kearah yang lebih baik. Bila hari ini sama dengan kelmarin, bererti orang itu rugi, dan jika hari ini lebih buruk daripada kelmarin, org itu adalah celaka. Oleh itu, marilah sama-sama kita berazam daripada seburuk-buruk perangai kepada sebaik-baik akhlak. Sesungguhnya allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah terlebih dahulu.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Q.S Al Hasyr[59]: 18)

Sempena Muharram ( Maal Hijrah ), rancanglah hidup anda di kampus agar lebih baik dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya

lebih gah, lebih optimis, lebih beramal dan dakwah...

Semoga bermanfaat.

0 komen:

Catat Ulasan