ADS 468x60

Jumaat, 11 Oktober 2013

Manfaatkan waktu lapang dan sihat untuk taat pada Allah

ebagai seorang muslim , kita tidak boleh mensia-siakan waktu lapang dan sihat kita untuk tidak mentaati Allah, dan hanya bergantung sepenuhnya kepada amalan-amalan yang lepas.....
Di waktu sihat dan lapanglah kita berusaha keras untuk memanfaatkan masa-masa ini....
kerana...
tidak setiap waktu dapat kita berikan yang terbaik dan tidak setiap yang luput dapat kita peroleh kembali...

Sebenarnya dalam waktu lapang itu ada penyimpangan atau penyesalan....
dan dalam kesendirian itu ada kecenderungan dan keresahan.....

Saidina Umar Al-Khattab ra.pernah berkata:
"Bagi kaum lelaki diam itu adalah kelalaian sedangkan bagi kaum wanita diam itu adalah nafsu yang membara."

Ini adalah kerana bagi kaum lelaki terlalu banyak tanggungjawab deennya untuk ia hanya berdiam diri dan bagi kaum wanita pula diamnya yang tiada hubungan dengan Allah akan diisi dengan perkara-perkara yang sia-sia dan hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu!!

Seorang bijak pandai mengatakan: "Hindarilah oleh mu bersendirian kerana ia sesungguhnya dapat mengeruhkan pemikiran dan mencelarukan persoalan yang hendak diselesaikan."

Hari-hari yang berlalu perlu diisikan dengan sesuatu yang bermanfaat dan harta yang ada perlu dimanfaatkan agar ia produktif di atas jalan Allah. Ini adalah kerana umur kita terlalu pendek untuk untuk disia-siakan, dan harta-harta kita itu adalah terlalu sedikit untuk disimpan pada perkara-perkara yang tidak produktif dan bukan di belanjakan di atas jalan Allah.

Dari pernyataan Nabi Isa 'Alaihissalam...
Kebaikan itu ada tiga : Ucapan, penglihatan dan diam....
Barangsiapa yang ucapannya selain zikir....maka ia melakukan yang sia- sia.....
Barangsiapa yang pandangannya bukan untuk mengambil pelajaran..
maka sesungguhnya ia telah lupa.
Barangsiapa yang diamnya tidak berfikir tentang kebenaran ....
maka dia telah tenggelam dalam ketidakseriusan....!!!

Selagi jantung masih berdegup..
Selagi itulah kehidupan perlu diteruskan....
Mengikut telunjuk illahi......
Selagi akal masih boleh berfikir...
Selagi itulah perlu ada pertimbangan yang waras
Bagaimana mengemudi lautan kehidupan penuh ujian ! 
Selagi lidah boleh berbicara...
Selagi itulah bicara bukan mengikut kehendak hati..
Selagi hati boleh merasai...
Selagi itulah  perlu merasai hakikat kewujudan ini.......
Merasai hakikat kebesaran illahi dalam setiap maujud...
Merasai hakikat kesyukuran dalam diri...
Merasai nikmat apa yang diberiNya.....
Tanpa persoalaan yang menghantui!
Redha dan pasrah......
Meniti perjalanan kehidupan ini!

Read more: http://cikgurabiah.blogspot.com/2010/07/manfaatkan-waktu-lapang-dan-sihat-untuk.html#ixzz1aQZRrtQX

0 komen:

Catat Ulasan